Monday 1 October 2012

Puding Karamel @Puding Gula Hangus


                                            PUDING KARAMEL

for sure macam korang tengok tuh adalah puding karamel yg dah 4 kali aku blajar buat..baru kali yang ke-5 jadi..hehe..:))

okey..bahan-bahan nak buat puding nie simple je. korang perlukan :-

(untuk gula hangus)

-5 sudu gula pasir

-2 sudu air

(untuk puding)

-8 biji telur bersaiz biasa

-1 tin susu pekat(nak guna susu cair pon boleh)

-sedikit esen vanilla

-sedikit tepung jagung

okey! lepas tuh korang boleyh mulakan step nak buat puding nie..langkah-langkah nya macam nie :-

1-masukkan gula pasir dan air ke dalam bekas acuan(besi) dan panaskan di atas dapur dengan menggunakan api yang sederhana. masak sehingga gula menjadi perang dan sejukkan gula tersebut

2-ambil blander. pecahkan telur satu persatu ke dalam blender. masukkan satu tin susu ke dalam blender tadi dan masukkan sedikit esen vanilla beserta tepung jagung.

3-kisar kesemua bahan tersebut da masukkan ke dalam acuan yg ada gula hangus tadi

4-kemudian, acuan tadi boleyh lah dikukus selama 45-50 minit dengan api yg sederhana.

5-selepas puding itu masak, sejukkan. letak di atas pinggan da siap dihidangkan!

0key,,siap sudaaa,,haa sya harap resepi tadi boleh membantu anda semua..ENJOY IT!!!